Monday, November 1, 2021

Pemeriksaan Mata Professional di Optom Eyecare Bangi

November 01, 2021 0 Comments
Harini mama nak share kisah mama dengan papa pegi check mata di Optom Eyecare di Bangi tempohari. Baru sempat nak menulis sebab kebizian dengan kerja dan menguruskan 4 kiddos yang super duper lasak. Biasa la, anak boboy ramai memang adventure sikit dan supermom sentiasa bertukar jadi tarzan, ekeke itu perkara biasa :)



Okay, berbalik kepada topik asal iaitu pegi check mata papa. Seawal pukul 10 pagi kitorang dah keluar rumah. Firstly, mesti pegi sarapan dulu kat mamak, nanti perut dah berdendang semua serba tak kena. Lepas sarapan baru kami bertolak ke destinasi yang dituju.



Lokasi Optom Eyecare


Optom Eyecare ni kat Bangi je, tak jauh mana pun. Korang waze je Optom Eyecare Bangi nanti sampai la. Memang senang je jalan ke sana. Korang tau kan dulu ada Butik Fareeda? Haa area situ la. Ada cawangan di Kedah juga tau, jadi orang-orang Kedah boleh la pegi check mata kat sini. Tapi jangan risau kalau korang jauh boleh je beli spec kat Optom ni, guna online je kat sini



Sementara menunggu sempat melihat sekitar Optom Eyecare yang tersusun dan kemas




Santai nampak :)




Sampai di Optom, kami disambut mesra oleh Puan Amirah yang merupakan pakar mata juga di Optom Eyecare. Dia menjemput kami duduk dan minta cermin mata yang dipakai oleh papa untuk diperiksa sambil bertanyakan power kanta yang digunakan sekarang.


Suasana di Optom Eyecare amat mendamaikan dan dihiasi dengan banyak lukisan yang menarik dan mempunyai maksud tersendiri. Mama juga sempat melihat lukisan dan sijil yang digantung di dinding kedai ini sementara menunggu papa dipanggil masuk untuk permeriksaan mata oleh pakar optometry mereka.




Sijil-sijil optometry 



Drawing berbentuk bebola mata yang menjadi minat owner Optom Bangi (En. Farid)




Owner Optom Eyecare ini bukan sahaja pakar mata, tetapi juga meminati art. Jadi kebanyakan lukisan ini adalah hasil idea owner sendiri iaitu En. Farid. 





Pemeriksaan Mata Menyeluruh di Optom Eyecare : Pakar Cermin Mata



Optom Eyecare ni bukan kedai cermin mata biasa yang selalu kita pergi tu tau. Kalau di kedai cermin mata biasa, hanya power kanta cermin mata dan silau sahaja yang mereka beritahu sebelum menempah cermin mata. Tapi di Optom Eyecare pemeriksaan klinikal secara menyeluruh dibuat oleh optometry professional yang mempunyai kepakaran dalam kesihatan mata. Ianya bukan sekadar memeriksa power cermin mata sahaja. Kita akan mengetahui lebih mendalam mengenai tahap kesihatan mata kita, samada dapat mengesan penglihatan binokular dan sebagainya.



Biasanya kedai cermin mata biasa tidak perlu ada optometris pun tetapi mereka hanya menggunakan optician sahaja. Optician hanya boleh check rabun dan silau sahaja. Berbeza dengan optometris, mereka akan mencadangkan power cermin mata mengikut kesesuaian kesihatan mata dan juga keperluan kita. Sekiranya mata dikhuatiri mempunyai masalah, optometris boleh keluarkan 'Refer Letter' ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Jadi sangat penting untuk kita buat pemeriksaan mata setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan mata supaya dapat mengelakkan kerosakan mata lebih teruk.



Tugas optometris adalah:
  1. Membuat pemeriksaan klinikal secara details pada mata
  2. Memeriksa sekiranya terdapat masalah pada mata
  3. Merawat dengan memilih cermin mata mengikut keperluan mata




Step by Step : Pemeriksaan Mata


Di Optom Eyecare terdapat beberapa mesin/professional serta canggih yang digunakan untuk pemeriksaan mata. Ianya digunakan untuk memeriksa mata sehingga ke bahagian saraf mata. Jom kita tengok step by step cara pakar optometris mereka buat pemeriksaan mata:



Step 1 - Mesin Autorefractor


Step kedua menggunakan mesin Autorefractor. Mesin ini digunakan untuk memeriksa power dan silau pada mata. Setelah pemeriksaan dibuat power mata husband masih sama seperti sebelum ini dan tidak mempunyai masalah silau pada mata.


Mesin Autorefractor








Step 2 -  kanta




Sebelum tu husband kena pegang alat ni





Mesin ni mama lupa pulak apa namanya







Sessi ni sangat cepat





Masa ni husband kena baca Alphabet di screen







Ada huruf yang dapat dibaca dan ada yang kabur




Mesin yang digunakan memang tak pernah jumpa di kedai cermin mata biasa




Kanta-kanta yang mempunyai power tertentu




Step 3 - Mesin Diagnostik


Mesin Diagnostik ini digunakan untuk periksa saraf mata bahagian hadapan. Kita akan dapat tau jika mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma yang mengakibatkan mata kita jadi buta.

Dari pemeriksaan ini optometris mendapati tidak ada kerosakan yang disebabkan oleh penyakit merbahaya tadi. 

Pemeriksaan mata yang sangat teliti oleh optometris





Mata hendaklah fokus kepada cahaya putih untuk mendapatkan result yang betul






Optometris sangat pakar menggunakan mesin tersebut 





Tiada tanda-tanda ada penyakit merbahaya






Step 4 - Mesin Slit Lamp


Mesin Slit Lamp digunakan untuk  memeriksa saraf mata kita bahagian belakang pula. Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata. Mesin ini juga dapat memeriksa samaada kita mempunyai masalah katarak atau tidak. Biasanya keadaan mata yang sihat mempunyai salur darah yang cantik dan sebaliknya jika ada kerosakan mata, salur darah pecah.

Hasil dari pemeriksaan, husband tidak mempunyai masalah katarak dan hanya terdapat sedikit sahaja salur darah yang pecah.




Pemeriksaan terperinci





Kusyuk dengar penerangan optometris





Optometris menerangkan mengenai mata yang sihat (salur darah cantik),
manakala jika mata rosak atau kabur kelihatan banyak salur darah pecah. 




Selesai sudah pemeriksaan klinikal secara menyeluruh.


Optom juga ada menjelaskan mereka akan mengeluarkan 'Refer Letter' sekiranya keadaan mata pelanggan menunjukkan sesuatu yang serius dan boleh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jadi kalau korang adalah masalah mata, dapat surat tu lebih mudah kan?






Speciality at Optom Eyecare (Bespoked Optom)


Di Optom Eyecare, korang boleh customised your own spectacles mengikut kehendak korang. Spec boleh direka dan diukur mengikut bentuk wajah. Selain tu, korang boleh letak jenama korang sendiri samada nak letak nama korang ke, nama pasangan korang ke atau nama sesiapa sahaja untuk korang jadikan hadiah. Boleh je customised bentuk, warna bingkai dan size mengikut pilihan korang. Biasanya wanita bertudung tak suka tudung jadi kembang bila pakai spec, jadi boleh customised supaya ikut bentuk muka korang.



Contoh frame bespoked Optom
Boleh customised ikut pilihan sendiri





Bingkai Frameless Pilihan Husband


Husband telah memilih bingkai frameles sebab dia memang penggemar rekaan yang simple. Lagipun bingkai frameless ni lebih ringan dan selesa.




En. Farid yang merupakan owner Optom Eyecare juga merupakan pakar dalam bidang optomery.
Penjelasan menyeluruh mengenai jenis lense dan pilihan frame yang ada di Optom






Tengah fikir nak frame yang mana satu






Test kanta






Pilihan bingkai frameless







Try sat






Akhirnya tetap pilihan dia bingkai frameless







Puan Amirah yang juga merupakan optometris di Optom sedang mengambil details







Jom kita tengok bingkai yang dah siap.




Kotak ekslusif  dan kemas





Cantik sangat 







Memang puas hati dengan hasilnya






Optom Eyecare memang terbaik



Personal opinion mama, buat spec di Optom Eyecara ni value for money. Selain tu, dapat detect masalah mata sebelum terlambat dan jadi lebih teruk. Kita pun tak pakar dalam bidang mata ni kan, jadi kita bagi optometris professional check mata kita. Memang berbaloi sangat sebab penerangan mereka jelas dan sangat terperinci. Dapat lihat sendiri bahagian depan dan belakang mata serta masalahnya dengan jelas.







Maklumat Lanjut








Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, korang boleh juga hubungi mereka melalui

Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi


Selain kat Bangi, korang yang duduk kat Kedah boleh juga berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah.
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167







Friday, October 1, 2021

Kitsui Coffee Xslim Shapez Membantu Dapatkan Berat Badan Ideal

October 01, 2021 0 Comments

 

Semenjak pandemik melanda dunia, kebanyakan masa kita banyak dihabiskan di rumah. Work from home, weekend pun di rumah juga. Bila dah duduk di rumah, memang kita akan cenderung untuk makan berlebihan disebabkan selalu masak, selalu order makanan atau terlalu bosan tak tau apa nak buat. Selain itu, kita juga jarang bersenam dan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidur berlebihan juga menyebabkan berat badan naik mendadak. Bila berat badan dah naik memang susah pula nak turun, tambahan pula lemak-lemak jahat ni memang degil sangat nak dinyahkan dari badan.


Jadi apa solusinya? Jom mama share satu produk berasaskan minuman yang best ni.





Apakah Kitsui Coffee Xslim Shapez?







Kitsui  Coffee Xslim Shapez ni merupakan produk minuman yang boleh membakar lemak berlebihan. Lemak berlebihan ni selalu ada kat bahagian tummy, paha, lengan, pinggang dan punggung. Memang kalau ada lemak berlebihan ni, menjadikan kita kurang yakin dan susah juga nak memilih pakaian untuk digayakan. 



Kitsui Coffee Xslim Shapez  berfungsi menyekat selera makan berlebihan dan ianya juga mengenyangkan. Bila kenyang, tengok makanan sedap pun kita jadi kurang selera la nanti. Makanya, dapatlah menurunkan berat badan. Ianya juga mengandungi kandungan serat yang tinggi serta rendah kalori dan karbohidrat.


Kalau korang nak meningkatkan metabolisme boleh try Kitsui Coffee Xslim Shapez ni sebab ianya membantu membakar lebih banyak kalori. Sekarang kan kita jarang bersenam, jadi sedikit sebanyak Kitsui Coffee Xslim Shapez ni dapatlah membantu mengurangkan kalori. Ianya juga membantu membuang toksin dalam badan. Banyak kan kelebihan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni?





Formulasi Terbaru Dari Korea


Kitsui Coffee Xslim Shapez merupakan produk slimming yang trending sekarang dengan formula terbaru dari Korea. Ianya diperbuat dari ramuan hebat Korean ginseng yang terkenal dengan khasiat semulajadinya. Korean ginseng banyak digunakan untuk menguatkan system imun dan dapat melawan keletihan badan, terutama pada orang yang mengalami sindrom kekurangan tenaga. Selain itu, ianya membantu meningkatkan fokus minda kita.



Green Coffee Bean juga merupakan bahan di dalam produk minuman botani ni. Ekstrak serat dari biji kopi hijau mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan membantu meningkatkan tenaga seluruh badan dan menyokong kesihatan otak. L-Carnitine pula bahan yang terkandung dalam Kitsui Coffee Xslim Shapez yang berfungsi mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme. Hoodia merupakan ekstrak tumbuhan semulajadi yang membantu mengurangkan selera makan.








Tahukah Anda Kesan Daripada Berat Badan Yang Berlebihan?


Berat badan yang semakin meningkat dan  berlebihan akan mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya seperti Obesiti, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Bukan itu sahaja, lemak berlebihan di bahagian leher, lengan tangan, perut, peha dan kaki akan menyebabkan kurang keyakinan dengan penampilan diri.






Kitsui Coffee Xslim Shapez sesuai untuk individu yang:

  • Mempunyai lemak berlebihan, di bahagian leher, lengan, perut, peha dan kaki
  • Berat badan bertambah setiap bulan
  • Selera makan yang kuat
  • Badan cepat letih dan lesu
  • Tidak mengamalkan cara pemakanan sihat
  • Kuat berdengkur
  •  Kurang bersenam atau tidak bersenam






C


Cara Semulajadi Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Ideal





Produk menguruskan badan memang banyak di pasaran, tetapi Kitsui Coffee Xslim Shapez membantu mendapatkan bentuk badan ideal dari cara semulajadi. Semua mesti nak shape badan yang cantik bukan untuk menarik perhatian orang tetapi sebagai motivasi untuk diri sendiri kekal sihat. Sihat dan cantik tak dapat dipisahkan, jadi produk yang selamat juga diperlukan. Apa guna kurus tapi menggunakan produk yang beracun dan merbahayakan tubuh badan kan? Korang jangan risau, produk Kitsui Coffee Xslim Shapez ni dijamin selamat dan tidak beracun kerana ianya bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti hormone, pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bahan kimia. Dan yang paling penting, ianya halal dan juga sesuai untuk Vegan. Kitsui Coffee Xslim Shapez juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa (korang boleh tengok kat bawah ni).








Kitsui Sibutramine adalah bahan larangan dari pihak Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus.

Berdasarkan data daripada kajian Sibutaramine on Cardiovascular Outcome Study, pengunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine. Rujuk link https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/24-mei-2018/kesan-negatif-sibutramine-kuruskan-badan.html



Terbukti kitsui tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan. Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi. TIADA BAHAN LARANGAN .










Bahan-Bahan Semulajadi Kitsui Coffee Xslim Shapez







Kecantikan semulajadi memang diimpikan oleh setiap wanita. Tapi, kecantikan sahaja tak cukup kalau badan kita tidak sihat disebabkan pengambilan produk yang salah dan memudaratkan. Kitsui Coffee Xslim Shapez diformulasi secara unik menggunakan bahan semulajadi yang terbaik dan dipilih khas untuk keperluan pemakanan gaya hidup masa sekarang. Ianya memudahkan dan berbentuk sachet, senang larut dan mudah dibancuh.



Cara pengambilan:

  • Masukkan 1 sachet (15g) Kitsui Coffee Xslim Shapez ke dalam air sejuk / air suam
  • Goncang sehingga larut / sebati
  • Minum serta merta








Boleh rujuk link ini untuk lihat cara pengambilan






Testimoni Pengguna Kitsui Coffee Xslim Shapez


Mama share sekali testimoni pengguna Kitsui Coffee Xslim Shapez memang terbukti berkesan. Jadi korang tak perlu ragu-ragu nak cuba minuman botani ni untuk kecantikan semulajadi dan kesihatan korang.
























Di Mana Nak Beli Kitsui Coffee Xslim Shapez?


Korang boleh dapatkan produk Kitsui Coffee Xslim Shapez di Watsons seluruh Malaysia dan pembelian online di Shopee https://shopee.com.my/kitsui.my.hq
























Thursday, September 30, 2021

Kelas Bahasa Inggeris Online di Novakid : Menggunakan Konsep Belajar Melalui Bermain

September 30, 2021 0 Comments

Ramai parents mengeluh sukar nak latih anak minat belajar online. Bukan mereka je, mama pun mengalami dilema yang sama. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua amatlah penting pada masa sekarang. Memupuk minat kanak-kanak bertutur dalam bahasa Inggeris sejak usia muda adalah agak sukar sekiranya anak-anak tidak memberi kerjasama yang baik. Kanak-kanak lebih cenderung mendengar daripada bertutur bahasa Inggeris sekiranya ibu bapa sendiri mengajar mereka. 



Pandemik yang melanda dunia, menjadikan limit pembelajaran hanyalah di rumah menggunakan aplikasi atas talian. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada teknik pembelajaran yang lebih efektif bagi memastikan mereka cenderung berminat untuk menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak kecil.





Harini mama nak share tentang satu platform pembelajaran online yang agak menarik dengan parents di luar sana iaitu Novakid.




Apakah Novakid?



Novakid merupakan kelas bahasa Inggeris online yang boleh disertai dari rumah (home learning). Ianya bukan seperti kelas bahasa Inggeris lain di sekolah biasa atau pun kelas dengan tutor melalui aplikasi Skype. Kelas di Novakid melibatkan anak-anak secara aktif dalam pembelajaran mereka sejak dari kelas pertama lagi. Biasanya kanak-kanak sangat teruja dan akan meminta kelas lagi untuk mereka belajar bahasa Inggeris lagi. 



Umur yang sesuai untuk join kelas di Novakid adalah bermula dari umur 4 hingga 12 tahun. Pelajar di umur sebegini akan berasa selesa dengan guru di Novakid kerana sistem pembelajaran di Novakid adalah melalui papan putih maya interaktif dan sistem gerak isyarat yang sederhana yang menjelaskan maksud perkataan. Ianya mudah difahami oleh kanak-kanak di usia sedemikian.



Nak tahu bagaimana Novakid membantu English education kanak-kanak? Ianya menggunakan teknik Game-based Class iaitu belajar melalui bermain. Khuwarizmi enjoy sangat online class dengan teacher yang dipilih kerana teknik belajar melalui bermain ini. Bahan baru yang ditunjukkan oleh teacher dengan cara yang menyeronokkan dan menarik perhatian kanak-kanak. Guru atau narrative speaker sering berubah kepada watak-watak yang tidak asing bagi kanak-kanak dari cerita kartun popular yang digemari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak teruja sehingga menarik perhatian mereka menggunakan kostum dan alat yang berwarna-warni.



Pembelajaran online dilakukan hanya selama 25 minutes per session menggunakan teknik TPR. Teknik ini memastikan kanak-kanak stay engaged with their narrative speaker, excited, enjoy dan merupakan cara penyampaian yang efektif dari narrative speaker kepada kanak-kanak. Kanak-kanak tak sempat bosan sebab pembelajaran yang hanya mengambil masa selama 25 minit. Guru tahu bagaimana nak buat kanak-kanak stay engaged with them during the class. Walaupun online class 25 minit sahaja, the lessons are absorbed easily because the kids don’t feel stressed when learning. Belajar online 1 to 1 melalui narrative speaker yang berpengalaman memudahkan anak berinteraksi dengan lebih dekat.



Kelas di Novakid juga berlangsung secara flexible di mana ianya amat memudahkan mom and kid membina learning routine dan juga menyesuaikan dengan daily activity mereka. Biasanya parents agak sibuk di siang hari kerana pergi bekerja, jadi kelas boleh dipilih pada waktu malam atau pada hujung minggu mengikut kesesuaian mereka.



Novakid memfokuskan pada ilmu pengetahuan dan hasil. Tidak ada istilah gred atau ‘cramming’ di Novakid jadi kanak-kanak tidak stress untuk join kelas mereka. Khuwarizmi paling seronok sebab perkara penting di Novakid adalah keseronokan kanak-kanak dan memahami apa yang sedang diajar oleh guru.





Apakah TPR?


TPR atau singkatan dari Total Physical Response merupakan satu teknik pembelajaran yang mengggunakan teknik language into action, di mana kanak-kanak belajar sesuatu perkataan atau ayat melalui gerak isyarat yang sederhana dan reaksi muka. Guru bukan hanya menunjukkan slide tetapi guru juga menjelaskan maksud perkataan baru menggunakan teknik TPR tersebut dengan lebih berkesan dan menarik perhatian kanak-kanak. Teknik ini amat berkesan dan kanak-kanak cepat dapat bertutur menggunakan bahasa Inggeris dengan sendirinya. Kanak-kanak boleh belajar dari zero tetapi cepat menyesuaikan diri dengan kelas yang fun dan excited sehingga boleh meningkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris mereka.




Kelebihan Novakid


Novakid merupakan satu-satunya English course untuk kanak-kanak yang menggabungkan immerse learning dan ianya merupakan at-home convenient class untuk mendapatkan hasil yang baik. Hasilnya kanak-kanak akan fasih berbahasa Inggeris walaupun masih berusia muda.


Bagaimana ianya berhasil?


  • Language immersion

Novakid menggunakan teknik language immersion iaitu pembelajaran melalui narrative speaker untuk mendapatkan hasil yang cepat. Ianya merupakan good practice kepada kanak-kanak kerana mempunyai banyak kebaikan positif.


  • Guru Berpengalaman

Novakid mempunyai ramai guru berpengalaman. Semua guru di Novakid is a certified ESL specialist dengan pengalaman online teaching. Tidak semua guru boleh mengajar online dan di Novakid mereka memang terbaik.


  • From simple to complex

Novakid memulakan kelas pertama dengan latihan simple dahulu dan akan meningkat ke level yang lebih complex mengikut umur kanak-kanak. Dalam masa yang sama Novakid akan memastikan proses pembelajaran lancar dan sentiasa revise dan improve learning material.


  • Classes from home

Parents dapat save masa dan wang ringgit selain melalui travelling ke luar semata-mata untuk menghantar anak belajar bahasa Inggeris. Kanak-kanak juga dapat belajar dalam keadaan selesa tanpa kerisauan mendapat penyakit berjangkit yang menular sekarang.


  • Age-appropriate program

Program ini direka oleh English-speaking specialist dan memfokuskan educational and psychological karakter kanak-kanak.


  • European Standard of Education

Program ini berasaskan kurikulum standard Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) Eropah.






Cara Mendaftar Kelas di Novakid



Mudah sangat nak mendaftar online class di Novakid.  Korang follow step seperti di bawah:



First step korang kena login di website  https://www.novakidschool.com/. Masukkan nama, email dan phone number, then korang akan terima passcode di handphone korang. Masukkan code tersebut.




Untuk memilih narrative speaker atau tenaga pengajar, korang boleh click akaun ibu bapa









Lepas tu parents boleh melanggan online class di Novakid. Parents boleh pilih sama ada nak guru Standard atau Premium. Mama pilih penutur asli bahasa Inggeris (Premium). Untuk kategori  ini, guru adalah penutur asli dari UK, USA, Afrika Selatan dan Kanada.



Untuk kelas Premium, pembelajaran dalam talian diadakan 2 kali setiap minggu dan terdapat pembaharuan automatik. Selain itu, 50% daripada kos kelas yang tidak digunakan akan dikreditkan ke baki bonus akaun kita. Mommy boleh batalkan sendiri langganan pada bila-bila masa sahaja.







Mama pilih Teacher Mel setelah menonton video pengenalannya yang agak menarik. Teacher Mel merupakan penutur asli bahasa Inggeris yang mempunyai pengalaman mengajar English sejak tahun 2014. Mama pilih tarikh yang sesuai untuk Khuwarizmi belajar. Kebanyakan guru di Novakid menetap di luar negara, jadi masa mereka berbeza dari kita. Mama pilih kelas malam untuk permulaan.








Lepas dah tempah kelas, korang akan dapat jadual seperti di atas ni. Selain itu, reminder di handphone dan email juga korang akan dapat supaya tak terlupa untuk hadir kelas online pada hari yang ditempah.





Pengalaman Khuwarizmi Belajar Bahasa Inggeris di Novakid



 



Kelas Khuwarizmi bermula pukul 8.30 malam. Seawal pukul 8 malam lagi Khuwarizmi dah standby dan cuba buat educational games yang ada dalam website Novakid. Mula-mula Khuwarizmi agak gelisah sebab pada fikiran dia bila join online class mesti stress sebab akan banyak homework, selalu kena tanya soalan dan kena marah dengan cikgu kalau main-main semasa kelas online berlangsung.


Tapi, sangkaan Khuwarizmi jauh meleset. Jom kita tengok apa yang jadi.





Interface dibuka, Khuwarizmi dah teruja sebab nampak macam permainan online. Mama pun suruh dia main-main dulu games tu sambil tunggu Teacher Mel online. Spontan je Khuwarizmi buat semua soalan yang seperti main games tu.




Contoh soalan simple dan menarik, siap ada gambar. Bukan Khuwarizmi je teruja menjawab soalan tapi kakak dan adiknya pun sama. Siap cakap "kenapa mama tak langgan online class untuk kami juga?"








Class dah mula, mama pun cuba pantau Khuwarizmi ni. Kalau tak nanti tiba-tiba je dia offline pula. Tunggu je dia kat sebelah nak tengok apa reaksi dia seterusnya. 


Memang mama pun terkejut tengok tindakbalas Khuwarizmi. Dia sangat enjoy dan memberi kerjasama yang baik dalam menyelesaikan semua task. Cara Teacher Mel yang mesra dan tidak mudah berputus asa mengajar sekiranya Khuwarizmi tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Khuwarizmi juga tak rasa stressed langsung semasa belajar kerana teknik TPR amatlah membantu dia menjawab soalan dan menyebut perkataan yang dipaparkan di skrin tablet. Interaksi 1 to 1 dengan Teacher Mel memang memudahkan Khuwarizmi memahami dan menumpukan perhatian kepada learning material yang dipaparkan di skrin. Tambahan pula kelas berlangsung hanya 25 minit sahaja jadi Khuwarizmi tak sempat bosan pun.








Teacher Mel merupakan pakar dalam bidang fonik, membaca dan mendengar. Sebelum ini beliau telah mengajar pelajar dari Thailand, Taiwan, China dan Malaysia.







Teacher Mel menggunakan teknik TPR iaitu melalui bahasa isyarat ringan yang mudah difahami untuk menterjemahkan sesuatu perkataan baru.









Kelas pertama yang menarik minat Khuwarizmi. Belajar sambil bermain memang menarik perhatian dan agak efektif kepada kanak-kanak sebaya Khuwarizmi yang ingin belajar bertutur bahasa kedua. Korang boleh tengok video Khuwarizmi semasa kelas berlangsung di Instagram link ini.








Kusyuk Khuwarizmi jawab soalan sepanjang online class berlangsung, dia tak berniat langsung untuk meninggalkan kelas sebab teknik belajar melalui bermain sangat menyeronokkan. 









Ada juga library untuk kanak-kanak merujuk bahan sampingan pembelajaran mereka. Ianya lagi memudahkan dan senang hati kanak-kanak nak siapkan homework. Khuwarizmi tak mengelak untuk buat homework lagi bahkan minta lagi banyak homework sebab teknik belajar melalui bermain sangat menyeronokkan. Biasanya 10-15 minit Khuwarizmi dapat siapkan homework dan mengulangkaji bahan yang dipelajari secara bersenang-senang dan tidak meletihkan minda kanak-kanak.









Khuwarizmi juga dapat melihat kemajuan pembelajarannya di papan pencapaian. Siap dapat mata bonus juga untuk kejayaan dalam akaun permainan, menjadikan Khuwarizmi semakin excited untuk menyiapkan homework dan join next classes.










Jom kita baca apa komen Teacher Mel tentang prestasi Khuwarizmi




Selamat datang ke Novakid, Amiro Khuwarizmi bin Mohammad Amiro Saiful! Senang mengajar anda! Anda mengambil bahagian dalam kelas dengan baik! Saya sangat kagum dengan ketepatan tatabahasa, kemahiran membaca, ingatan, perbendaharaan kata, sikap positif anda. Anda berjaya menyebut nama 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk', benar-benar belajar emosi 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk', mengucapkan 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk' dengan betul, meneka emosi 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk' dalam permainan, lengkapkan carian perkataan sangat pantas, lihat semua emosi dalam permainan carian perkataan. Tolong, praktikkan diri anda dengan latihan mencari kata yang lebih yakin. Kadang-kadang boleh jadi sukar tetapi saya pasti anda dapat menguasainya dengan pantas, menunjukkan emosi pada permainan carian kata. Kadang-kadang boleh jadi sukar tetapi saya pasti anda dapat menguasainya dengan cepat, menjawab soalan 'Bagaimana perasaan anda ketika ...' sedikit lebih penuh perhatian. Secara keseluruhan anda memahami bahan baru dengan mudah dan anda mencapai kemajuan yang baik! Saya sangat tidak sabar untuk melihat anda di kelas saya lagi!





Komen di atas telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dan ianya amat menggembirakan Khuwarizmi apabila mendapat galakan dari Teacher Mel untuk lebih improve pada kelas yang akan datang. Kaedah pembelajaran yang berkesan di Novakid sangatlah membantu perkembangan Khuwarizmi. Sukatan pelajaran Novakid berdasarkan tahap A1 dan A2 dari kurikulum standard CEFR Eropah amatlah membantu. Sistem penggredan Novakid membolehkan guru menilai kemajuan Khuwarizmi sehingga mama sendiri dapat mengetahui kemahiran apa yang telah diperolehi sepanjang menyertai kelas. 

Pada awalnya Khuwarizmi hanya belajar perbendaharaan kata dan tatabahasa, dan tak lama lagi dia akan mula membuat ayat mudah dan dapat membincangkan topik-topik mudah dalam bahasa Inggeris. Khuwarizmi dah tak sabar-sabar nak join kelas seterusnya dan mama harap dia dapat menggunakan peluang yang ada untuk belajar bahasa Inggeris dengan sebaiknya. 






Maklumat Lanjut




Kalau korang nak tempah kelas, korang boleh click website https://www.novakid.my/get_trial_subscription/. Korang boleh guna my referral code kalau nak masukkan anak-anak korang. Register guna my referral code MARIANA353573 dan korang akan dapat credit bonus selepas berakhir trial subs!

 

Selanjutnya korang boleh refer Instagram @novakid_my atau Facebook Novakid Malaysia untuk mengetahui lebih lagi mengenai narrative speakers, yuran kelas, jadual kelas serta biodata narrative speakers dan pengalaman kanak-kanak serta parents yang pernah menyertai Novakid.




Wednesday, August 11, 2021

Apa istimewanya cermin mata kanak-kanak dari OPTOM EYECARE?

August 11, 2021 0 Comments

 

Aleesya is wearing Code: TRD06 - Purple/Pink



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Mama doakan semua sihat-sihat je ye. Hari-hari kita dengar berita sedih yang bertebaran di laman sosial dan media massa. Semoga Allah lindungi kita dan seluruh keluarga serta sahabat handai kita dari wabak yang telah meragut beribu nyawa di seluruh dunia.



Okay, taknak cerita sedih-sedih dah, jom tengok apa mama nak share ni untuk korang yang ada anak-anak, adik, anak buah yang masih bersekolah dan selalu gunakan gadget atau smartphones untuk belajar. Semenjak pandemik melanda negara kita, semua anak-anak terpaksa menggunakan smartphones, PC atau laptop untuk meneruskan sesi pembelajaran secara online. Jadi, agak merisaukan sekiranya terlalu lama menghadap gadget tersebut akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan mata.




Ciri-ciri istimewa cermin mata kanak-kanak dari OPTOM EYECARE


Baru-baru ni mama belikan anak-anak cermin mata untuk kegunaan semasa PDPR. Jom kita tengok apa ciri-ciri istimewa yang terdapat pada cermin mata kanak-kanak ni:


1. Material khas mudah lentur dan tahan



Mudah lentur sesuai untuk kanak-kanak



Memang cermin mata ni sesuai sangat untuk kanak-kanak sebab direka khas menggunakan material mudah lentur. Kanak-kanak kan lasak sikit, kalau guna cermin mata dari OPTOM EYECARE ni mommy semua jangan risau sebab memang tahan lasak dan tak mudah patah. Materialnya macam silicone mudah lentur kalau terkepak pun tak rosak. Jadi kalau buat PDPR tu sambil terbaring pun takpe.




2. Lebih ringan dan sesuai untuk aktiviti kanak-kanak


Material lebih ringan



Cermin mata kanak-kanak OPTOM EYECARE direka untuk rasa lebih ringan dan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak. Faham-faham sajalah, kalau dah nama kanak-kanak memang lasak cara pemakaian diorang. Kadang-kadang bergurau senda sesama diorang pun boleh terkena frame cermin mata tu. Tapi bila guna cermin mata OPTOM EYECARE ni, korang tak perlu risau sebab memang ringan, tak menyakitkan bahagian hidung dan selesa sangat anak-anak pakai sampai taknak tanggalkan walaupun dah tak menghadap gadget dah.



PDPR macam-macam style, terlentang pun adee :D





3. Frame tidak mudah tertanggal






Binaan frame yang kemas dan tidak mudah tertanggal



Mama puas hati sangat dengan rekaan cermin mata kanak-kanak ni sebab fitting frame-face tidak mudah tertanggal. Jadi agak berbaloi beli dan tahan lama untuk kegunaan anak-anak. Diorang ni memang lasak, maklumlah kalau dah namanya boboy memang asyik bergasak je kejenya walaupun time PDPR. Kalau beli cermin mata yang mudah tertanggal dan sensitif bila digunakan secara lasak memang agak merumitkan ibu-ibu dan monitor anak-anak sentiasa bila diorang pakai cermin mata tu.



Frame kemas, design dan warna mengikut pilihan anak-anak






4. Mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan gadget


Mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata dari cahaya biru




Nafis is wearing Code: TRD03 - Grey/Yellow




Rizqy is wearing Code: TRD02 - Blue/Green



Selain tu, ciri-ciri istimewa cermin mata OPTOM EYECARE adalah mengurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gadget atau komputer yang berpanjangan. Cermin mata ini menggunakan kanta perlindungan UV khas tanpa power yang sesuai untuk penggunaan PDPR. Cermin mata yang mampu sekat cahaya biru yang dihasilkan dari gadget dan komputer ini amatlah diperlukan untuk melindungi mata anak-anak kita sepanjang pembelajaran. 





Nak dapat kat mana cermin mata ni?



Thank you OPTOM EYECARE sebab hasilkan cermin mata khas untuk kanak-kanak https://optom.com.my/




Korang boleh hubungi OPTOM EYECARE di:



OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)