Harini mama nak share ngan mama-mama sume cara untuk buat strip wash cloth diapers. Bile dah lama baby kite gunakan CD, sampai satu tahap akan berlaku leaking atau kebocoran. Ianya adalah disebabkan detergent build up pada CD atau lapisan minyak telah terbentuk di lapisan microfleece yang terhasil dari poo baby.
Jadi mama-mama kene lakukan strip wash pada CD tu. Mama baru lakukan sekali je strip wash setelah setahun CDing Aleesya. Sepertimana yang mama google di beberapa laman web *mama translatekan ke BM dan olahkan juga*, strip wash dilakukan menggunakan bahan-bahan dapur. Bahan-bahan seperti cuka, soda bikarbonat, sunlight adalah bahan-bahan dapur kita yang amat mudah didapati. Cuka memang sesuai untuk menghilangkan kesan kotoran. Kadang-kadang mama gunekan juge untuk mencuci cadar.
Cara-cara Stripping CD
Step 1:
Basuh CD seperti biasa menggunakan set normal. Letakkan sedikit sabun *suku sudu* dan rinse kan seperti biasa. Melakukan strip wash pada CD yang bersih adalah lebih mudah berbanding CD yang mempunyai lapisan minyak yang tebal yang terhasil dari poopoo baby.
Step 2:
Sekiranya mama-mama kat luar tu menggunakan washing machine yang mempunyai fungsi hot washing, lebih memudahkan. Setkan ke button hot washing, dan xperlu masukkan sabun. Jika xde washing machine jenis tu, just masukkan air sejuk terlebih dahulu dan kemudian air panas menggunakan kettle. Dinasihatkan jangan menggunakan air yang terlalu panas, suam-suam kuku je sebab nanti akan merosakkan PUL.
Pada step ini, mama-mama sume bole masukkan sedikit soda bikarbonat. Fungsi soda bikarbonat ini adalah untuk mengembalikan keputihan CD tersebut.
Step 3:
Pada bilasan yang terakhir, masukkan sedikit cuka *anggaran suku cawan*. Ianya berfungsi untuk menghapuskan semua build up detergent pada CD. Jangan riso ye mama-mama sebab CD anak anda tidak akan berbau masam seperti cuka sebab dicuci menggunakan air yang banyak. Selepas CDs tu kering, bau-bauan cuka itu akan hilang dengan sendirinye.
Step 4:
Melakukan rinse sekurang-kurangnye 3 kali. Ini dilakukan semasa stripping CD sahaja yea...kalo basuh macam biasa tu xperlu rinse banyak2 kali.
Step 5:
Akhir sekali, jemurkan CD. Cahaya matahari merupakan sumber utama dan bersifat natural untuk membunuh kuman dan stain yang terbentuk di lapisan CD. Pastikan lapisan microfleece menghadap ke atas semasa proses menjemur tu.
Stripping CD ni hanya dilakukan sebulan sekali sahaja. Jangan lakukan selalu yea sebab xelok untuk kesihatan CD.
Sekarang CD anak anda dah fresh dan xbocor lagi. Semoga entri kali ini berguna untuk ibu yang CDing anak-anaknye.
Selamat Mencuba!
3 comments:
dari dulu berangan nak pakai cloth diapers.
tp sampai sekarang tak menjadi..
hahaha...
azam cumer!!!
hihi...xpela zura...yg penting ader azam tuh dah dapat point dah tu ^____^
tq tuk info nie...
Post a Comment