Harini baru sempat bersiaran di blog kesayangan mama ni. Setelah bercuti selama 6 hari, memang heaven sangat sebab boleh berkumpul dengan keluarga sambil jalan-jalan makan angin sefamili. Bila famili ada walaupun tempat tu dah biasa kita pegi berulang kali pun, tetap akan jadi istimewa. Ye lah siapa yang tak sayang famili kan? Bila bersama sudah tentulah kita nak cipta momen baru yang lagi indah dan menggembirakan.
Haritu mama sefamili ke D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Kami sampai di situ dalam pukul 6.00 petang. Budak tiga ketul tu sempat tertido dalam kereta. Diorang ni memang kaki tido tapi bila naik kereta je. Kat rumah taknak tido-tido kecuali kalau dah penat sangat di siang hari. D'Kayangan Steamboat ni ada sediakan parking, betul-betul di hadapan restoran. Jadi memang memudahkan, turun kereta jalan sikit dah sampai. Makanya mama pun takde la hilang mood nak makan sebab anak-anak cranky.
Buffet Steamboat Pelbagai Pilihan
Masuk je dalam restoran kami pilih meja kat bahagian dalam. Kat luar pun best juga tapi sekali sekala kita ubah angin. Suasana restoran ni memang tenang, dengan pencahayaan lampu yang sedikit suram di bahagian dalam dan luar restoran. Mama memang suka suasana kat D'Kayangan Steamboat ni sebab mama rasa macam makan kat rumah je. Tak crowded sampai terlanggar-langgar bahu, susunan meja pun tak rapat sangat, semua yang datang pun santai-santai je macam berada di rumah sendiri. Masa tu ada satu meja dekat belakang kitorang yang sambut birthday, memang meriah. Sampai kitorang tumpang happy sekali lah tengok diorang celebrate sefamili punya la ramai. Bertuah sungguh ada famili besar.Nafis ni gaya ambik gambar dia macam ni je la hehehe |
Bahagian buffet steamboat, sayur-sayuran, aiskrim, mee dan sebagainya terletak di bahagian depan kaunter bayaran. Okay jom kita tengok gambar. Sorry kualiti gambar tak berapa bagus, maklumlah ambil gambar sambil layan anak-anak hehe.
Pelbagai pilihan steamboat dan sos |
Perapan seafood dan ayam |
Penggemar sayur mesti suka ni |
Kaunter mee |
Kaunter air |
Tau dah apa dia suka |
Aleesya dah confused nak ambik apa, banyak sangat pilihan |
Budak-budak tak makan steamboat? Nasi dan mee pun ada |
Mungkin sebelum ni dah banyak restoran steamboat yang korang pernah try, tapi tak mencapai piawaian korang kan? Jadi korang boleh je try makan kat D'Kayangan Steamboat ni. Mana tau lepas ni, terjatuh chenta pulak asyik nak repeat datang sini. Sebab mama pun dah suka dengan rasa perapan seafood yang sampai sekarang masih teringat-ingat lagi.
Mak anak memang suka steamboat |
Makan dan Menang Cabutan Bertuah
Kebetulan masa kitorang datang, D'Kayangan Steamboat ada buat cabutan bertuah. Dapat borang terus isi sertakan sekali resit dan masukkan dalam bekas di kaunter cashier. Syaratnya mudah je, belanja RM100 dalam satu resit dan korang layak menyertai cabutan bertuah tu. Hadiah-hadiah menarik juga tau!Hadiah Pertama: Skuter
Hadiah Kedua: TV 60 inci
Hadiah Ketiga: Basikal Mountain Bike
Hadiah Saguhati: Voucher dinner steamboat
Best kan? Sambil makan sambil masuk lucky draw. Manalah tau ada rezeki, tiba-tiba menang salah satu dari hadiah di atas. Untung tuu...Tempoh peraduan dari 31hb Disember 2018 hingga 29hb Mac 2019 ni. So, korang cepat-cepat datang sebelum tarikh tutup.
Makan Sefamili lebih meriah
Bukan senang kan nak makan ramai-ramai macam ni. Hari kerja dah sibuk masing-masing. Jadi masa cuti digunakan dengan sebaiknya untuk bonding time dengan anak-anak. Kita kerja pun untuk mereka juga, jadi sesekali berkumpul macam ni memang diorang happy sangat.
Ni first round |
Bila dah malam makin ramai pulak pelanggan |
Familia |
Familia momentos |
Main masak-masak |
Yummyyy |
Favourite mama mestilah kambing dan sotong bakar. Sotong memang sedap sebab rempah tu terasa sebab diperap lama. Pencicah pun banyak pilihan ada black pepper, cili kicap, sos dan lain-lain. Korang boleh pilih nak tomyam atau sup. Soup pun boleh refill unlimited, pendek kata bayar sekali tapi makan sampai lebam. Kedai dibuka dari pukul 5 petang hingga 11.30 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 3.00 petang sampai pukul 11.45 malam (Sabtu dan Ahad). Kalau korang datang awal pukul 3 petang, dapat diskaun 10%.
Harga:
Dewasa: RM29.90 nett
Kanak-kanak: RM12.50 nett
Kanak-kanak umur bawah 4 tahun: PERCUMA
Nafis suka makan nasi, pegi mana pun cari nasi |
Ice cream timeee |
Badut dan Photobooth
Sambil makan, join contest, repeat makan lagi, ada pulak Badut yang datang buat surprise belon kat diorang. Happy sangat diorang dapat belon. Rizqi sampai 2 kali mintak belon kat badut tu. Budak sorang ni memang minat sangat dengan badut, mana badut tu pegi dia ikut hehehe. Badut ni ada hari Sabtu malam je tau, hari lain takde.
Rizqi suka sangat dengan Badut ni |
Tadaaa! |
Happy la tu |
Photobooth Transformers |
Kemudahan lain di D'Kayangan Steamboat
Selain parking yang banyak, di sediakan juga surau dan tandas di dalam premis ini. Kalau datang sini tak perlu risau nak keluar cari surau. Solat je dulu lepas tu boleh sambung makan sampai malam.
Info
Facebook: D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Instagram: @dkayangansteamboat
Alamat:
Sri Acapella Service Apartment, Restaurant D'Kayangan,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100 Shah Alam, Selangor
Waze: D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Booking: 012-2971091
1 comment:
sedapnyaaaa lama tak.makan steamboat huhuuu
Post a Comment